photo NB HOME_zpsahak1gfr.jpg  photo NB ORGNISASI_zpsabuu1zqz.jpg  photo NB AKTIVITI_zpskgdmrihy.jpg  photo NB SENARAI KK_zpsjvwa8dhj.jpg  photo NB BBM_zpstofr0zuu.jpg  photo NB TAKWIM_zpsqa4ahdst.jpg

SENARAI TUGAS PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN


  1. Membantu melaksanakan promosi dan menguruskan pengambilan serta pendaftaran kanak-kanak.
  2. Bersama-sama guru menerima dan menyambut ketibaan kanak-kanak di kelas
  3. Menyediakan dan mengemaskinikan bilik darjah dan persekitaran kelas sebelum dan selepas sesi persekolahan (dalam dan luar bangunan serta membantu kanak-kanak ke tandas jika perlu).
  4. Membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut arahan, dasar dan garis panduan yang ditetapkan. (setelah mengutamakan tugas-tugas hakiki).
  5. Membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan dan tahunan.
  6. Membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan dan tahunan.
  7. Membantu guru dalam menyediakan sudut / ruang aktiviti dan alat / bahan perkakasan bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian. 
  8. Merancang, mengurus, mengendali dan menyediakan makanan / minuman yang bersih, selamat, lazat / berkhasiat dan seimbang bagi kanak-kanak.
  9. Membantu guru mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas (contohnya : buku daftar stok, portfolio kanak-kanak, rekod kemajuan kanak-kanak, rekod ujian mata dan rekod anekdot).
  10. Mengemaskini, menyedia data / maklumat / rekod / laporan berkaitan mengikut masa dan arahan yang ditetapkan (contohnya laporan aktiviti / bulanan kelas, tuntutan makan minum, spesifikasi output, laporan latihan kawad kecemasan, rekod lawatan rasmi pegawai dan laporan analisa maklumbalas kepuasan pelanggan)
  11. Membantu mengemaskini semua data / maklumat secara on-line seperti e-TP (JPNIN), SMPK dan SKP(Kementerian Pelajaran Malaysia) dari semasa ke semasa.
  12. Selaku Bendahari Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan yang bertanggungjawab mengendalikan akaun tabika dan menguruskan pembelanjaan kelas mengikut panduan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.
  13. Membantu dalam pelaksanaan aktiviti / program ko-kurikulum dan program kelas dengan kerjasama JPTP / Agensi / NGO yang terlibat.
  14. Menjalankan tugas guru semasa ketiadaanya.
  15. Menghadiri bengkel / latihan kursus / seminar / persidangan yang diarahkan oleh jabatan.
  16. Menyediakan kelas sebagai persediaan kemasukan sesi Pra-sekolah baru seminggu lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.
  17. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke semasa.

1 comment: