photo NB HOME_zpsahak1gfr.jpg  photo NB ORGNISASI_zpsabuu1zqz.jpg  photo NB AKTIVITI_zpskgdmrihy.jpg  photo NB SENARAI KK_zpsjvwa8dhj.jpg  photo NB BBM_zpstofr0zuu.jpg  photo NB TAKWIM_zpsqa4ahdst.jpg

SENARAI TUGAS GURU TABIKA PERPADUAN

  1. Melaksanakan promosi dan menguruskan pengambilan serta pendaftaran kanak-kanak
  2. Menerima dan menyambut ketibaan kanak-kanak di kelas
  3. Menandakan jadual kedatangan kanak-kanak pada sejam pertama sesi pengajaran dan     pembelajaran setiap hari persekolahan.
  4. Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut arahan, dasar dan garis panduan yang ditetapkan.
  5. Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan dan tahunan.
  6. Membuat penilaian berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dalam domain kognitif efektif dan psikomotor.
  7. Memastikan keselamatan, kebersihan, kesihatan, keselesaan dan keceriaan kanak-kanak sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
  8. Menyusun / menyediakan sudut / ruang aktiviti dan alat / bahan bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian.
  9. Mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas (contohnya : Buku Daftar Stok, Portfolio kanak-kanak, Rekod Kemajuan Kanak-Kanak, Rekod Ujian Mata dan Rekod Anekdot).
  10. Mengemaskini, menyedia data / maklumat / rekod / laporan berkaitan mengikut masa dan arahan yang ditetapkan (contohnya laporan aktiviti / bulanan kelas, tuntutan makan minum, spesifikasi output, laporan latihan kawad kecemasan, rekod lawatan rasmi pegawai dan laporan analisa maklumbalas kepuasan pelanggan).
  11. Mengemaskini semua data / maklumat secara on-line seperti e-TP (JPNIN), SMPK dan SKPK (Kementerian Pelajaran Malaysia) dari semasa ke semasa.
  12. Membantu Penolong Guru mengendalikan Akaun Tabika mengikut panduan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.
  13. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti / program ko-kurikulum dan program kelas dengan kerjasama JPTP / Agensi NGO yang terlibat.
  14. Selaku setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) yang membantu dalam pengelolaan dalam segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Tabika Perpaduan.
  15. Menjalankan tugas Penolong Guru semasa ketiadaannya
  16. Menghadiri bengkel / latihan kursus / seminar / persidangan yang diarahkan oleh jabatan. 
  17. Menyediakan kelas sebagai persediaan kemasukan sesi Pra-sekolah baru seminggu lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.
  18. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke semasa.
  
  

No comments:

Post a Comment