- Melaksanakan promosi dan menguruskan pengambilan serta pendaftaran kanak-kanak
- Menerima dan menyambut ketibaan kanak-kanak di kelas
- Menandakan jadual kedatangan kanak-kanak pada sejam pertama sesi pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan.
- Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut arahan, dasar dan garis panduan yang ditetapkan.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan dan tahunan.
- Membuat penilaian berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dalam domain kognitif efektif dan psikomotor.
- Memastikan keselamatan, kebersihan, kesihatan, keselesaan dan keceriaan kanak-kanak sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Menyusun / menyediakan sudut / ruang aktiviti dan alat / bahan bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian.
- Mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas (contohnya : Buku Daftar Stok, Portfolio kanak-kanak, Rekod Kemajuan Kanak-Kanak, Rekod Ujian Mata dan Rekod Anekdot).
- Mengemaskini, menyedia data / maklumat / rekod / laporan berkaitan mengikut masa dan arahan yang ditetapkan (contohnya laporan aktiviti / bulanan kelas, tuntutan makan minum, spesifikasi output, laporan latihan kawad kecemasan, rekod lawatan rasmi pegawai dan laporan analisa maklumbalas kepuasan pelanggan).
- Mengemaskini semua data / maklumat secara on-line seperti e-TP (JPNIN), SMPK dan SKPK (Kementerian Pelajaran Malaysia) dari semasa ke semasa.
- Membantu Penolong Guru mengendalikan Akaun Tabika mengikut panduan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti / program ko-kurikulum dan program kelas dengan kerjasama JPTP / Agensi NGO yang terlibat.
- Selaku setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) yang membantu dalam pengelolaan dalam segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan dan Tabika Perpaduan.
- Menjalankan tugas Penolong Guru semasa ketiadaannya
- Menghadiri bengkel / latihan kursus / seminar / persidangan yang diarahkan oleh jabatan.
- Menyediakan kelas sebagai persediaan kemasukan sesi Pra-sekolah baru seminggu lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.
- Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke semasa.
- Membantu melaksanakan promosi dan menguruskan pengambilan serta pendaftaran kanak-kanak.
- Bersama-sama guru menerima dan menyambut ketibaan kanak-kanak di kelas
- Menyediakan dan mengemaskinikan bilik darjah dan persekitaran kelas sebelum dan selepas sesi persekolahan (dalam dan luar bangunan serta membantu kanak-kanak ke tandas jika perlu).
- Membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut arahan, dasar dan garis panduan yang ditetapkan. (setelah mengutamakan tugas-tugas hakiki).
- Membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan dan tahunan.
- Membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran harian, mingguan dan tahunan.
- Membantu guru dalam menyediakan sudut / ruang aktiviti dan alat / bahan perkakasan bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian.
- Merancang, mengurus, mengendali dan menyediakan makanan / minuman yang bersih, selamat, lazat / berkhasiat dan seimbang bagi kanak-kanak.
- Membantu guru mengendalikan pengurusan dokumen dan fail kelas (contohnya : buku daftar stok, portfolio kanak-kanak, rekod kemajuan kanak-kanak, rekod ujian mata dan rekod anekdot).
- Mengemaskini, menyedia data / maklumat / rekod / laporan berkaitan mengikut masa dan arahan yang ditetapkan (contohnya laporan aktiviti / bulanan kelas, tuntutan makan minum, spesifikasi output, laporan latihan kawad kecemasan, rekod lawatan rasmi pegawai dan laporan analisa maklumbalas kepuasan pelanggan)
- Membantu mengemaskini semua data / maklumat secara on-line seperti e-TP (JPNIN), SMPK dan SKP(Kementerian Pelajaran Malaysia) dari semasa ke semasa.
- Selaku Bendahari Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan yang bertanggungjawab mengendalikan akaun tabika dan menguruskan pembelanjaan kelas mengikut panduan yang dikeluarkan oleh ibu pejabat.
- Membantu dalam pelaksanaan aktiviti / program ko-kurikulum dan program kelas dengan kerjasama JPTP / Agensi / NGO yang terlibat.
- Menjalankan tugas guru semasa ketiadaanya.
- Menghadiri bengkel / latihan kursus / seminar / persidangan yang diarahkan oleh jabatan.
- Menyediakan kelas sebagai persediaan kemasukan sesi Pra-sekolah baru seminggu lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.
- Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh jabatan dari semasa ke semasa.